Soalan Lazim
Sila baca soalan soalan lazim dibawah.Adakah ia berkenaan dengan anda?
S: Adakah Panduan ini dalam bentuk buku?
J: Ia dalam bentuk ebook dan video. Dalam kata lain, ia dalam format digital yang akan dihantar melalui email dan juga CD. Anda boleh pegang, tapi CD la.
S:Betul ke kita boleh buat duit dengan menjual cupcake?
J:Betul.Pasaran dan permintaan terhadap cupcake juga semakin meningkat dari hari ke hari terutamanya untuk majlis perkahwinan dan pertunangan.
S: Boleh saya memasarkan cupcake di internet ?
J:Anda boleh gunakan internet sebagai medium pasaran untuk mencari pelanggan di tempat anda. Ia tidak boleh dipos dan perlu diserahkan "by hand" kerana krim akan cair jika suhu terlalu tinggi.
S: Boleh ke saya jual CD Bisnes Cupcale kepada orang lain?
J: Tak boleh. Ia adalah hak cipta Future Business Network dan BuatCupcake.com. Ia mestilah dijual menerusi laman web ini sahaja.
S: Saya tiada modal untuk memulakannya.Apa perlu saya buat?
J: Anda boleh mula mengumpul duit terlebih dahulu. Mulakan secara kecil-kecilan terlebih dahulu.
S: Adakah Puan Shida ada buat bengkel?
J: Ya. Ia bergantung kepada permintaan. Ia dilakukan di premis perniagaan kami.
S: Dimana saya boleh dapatkan alatan untuk membuat cupcake?
J: Anda boleh mendapatkan segala keperluan di kedai yang menjual barangan bakeri.
S: Boleh tak Puan Shida tunjukkan dari A hingga Z untuk menjual cupcake dari rumah?
J: Anda boleh bina blog dan masukkan gambar cupcake yang anda hasilkan. Anda juga boleh gunakan facebook.
S: Rumah saya kecil je. Boleh ke?
J:Asalkan rumah anda ada oven (kecil pun boleh), mixer dan barangan keperluan asas bakeri. Ia sudah memadai.
S: Saya tiada duit la. Boleh minta diskaun tak?
J: Tak boleh.
S: CD Bisnes Cupcake ini sangat bagus. Boleh tak saya nak menjualnya kembali?
J: Tak boleh. Panduan ini tidak mempunyai hak jual semula.Ia adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Saya akan mengambil tindakan undang undang terhadap mana mana individu yang menjualnya kembali panduan ini.
S: Boleh tak saya bertanya jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah?
J: Boleh. Sebagai pelanggan kami, Anda layak untuk mendapat keistimewaan sebagai pelanggan saya seperti customer support dan sebagainya. Pembelian mestilah menerusi BuatCupcake.com sahaja.
Pastikan anda mendapatkan Panduan Bisnes Cupcake di laman web BuatCupcake.com sahaja. Soalan lazim ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Utama| Earning Disclaimer| Privacy Policy| Affiliate | Pertanyaan | Soalan Lazim
BuatCupcake.com Salah Satu Produk:
Future Business Network [IP-0323913-P]
Lot 2399, Kg.Ketior Dalam, 33000 Kuala Kangsar, Perak
|